Pemuda baring atas motosikal kerana tunggu lampu isyarat terlalu lama

2677

Setiap pemandu atau penunggang sesebuah kenderaan pastinya akan berhadapan dengan situasi menunggu lampu isyarat hijau ketika berada di persimpangan jalan raya.

Walaupun menunggu sesetengah lampu isyarat hanya mengambil masa yang singkat, majoriti pemandu dan penunggang masih sempat melalukan perkaran lain, sementara ianya bertukar kepada warna hijau.



Namun lain pula dengan kisah pada kali ini dimana seorang pemuda yang berbaring di atas motosikal miliknya ketika menunggu lampu isyarat.

Berdasarkan akaun Twitter yang dimiliki oleh @izatiesyazlinaa, dia telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan gelagat lelaki tersebut.

tunggu lampu isyarat

Dalam rakaman video tersebut memperlihatkan terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam sedang menunggu lampu isyarat sambil merehatkan diri di atas motosikal miliknya.

Hal ini kerana, lampu isyarat yang terletak di Shah Alam itu terlalu lama sehingga lelaki berkenaan sempat melakukan perkara tersebut.

Keadaan tersebut telah mencetuskan gelak tawa beberapa orang gadis yang kebetulan berada bersebelahan dengan motosikal lelaki terbabit sehingga mereka sempat merakam situasi lucu tersebut.

Bukan itu sahaja, keadaan itu juga telah membuatkan warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat pengguna motorsikal berkenaan di dalam video tersebut.

Posting tersebut kini telah mendapat 30.3 ribu retweet dan 30.3 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here