JPJ sita tiga bas henti-henti, cukai jalan tamat tempoh

252
Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menyita tiga buah bas henti-henti dalam Ops Harian yang dijalankan di kawasan tumpuan pelancong sekitar Kuala Lumpur, pada Ahad lalu. 
 
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, bas berkenaan melakukan pelbagai kesalahan serius melibatkan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sejak  April dan Jun 2025 serta sijil pemeriksaan Puspakom tamat tempoh pada Mei dan Jun 2025.
 
“Kesemua bas berkenaan dipandu oleh warga tempatan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan saman dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan-peraturan berkaitan,” menurut kenyataan media berkenaan.
 
JPJ WPKL memandang serius sebarang bentuk ketidakpatuhan, terutamanya melibatkan kenderaan awam yang membawa penumpang pelancong dan warga kota.
 
Penguatkuasaan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan JPJ dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan integriti sistem pengangkutan awam sentiasa terpelihara.
 
“Orang awam digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang melalui saluran rasmi seperti aplikasi Aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau emel aduantrafik@jpj.gov.my beserta butiran aduan lengkap,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here