
Laman jual beli dalam talian Facebook Marketplace menyenaraikan sebuah motosikal tiga roda kustom untuk dilepaskan kepada pemilik baharu.
Nampak aneh?
Ya, meman aneh kerana trike kustom ini merupakan kacukan separuh model Hyundai Tiburon di hadapan, dan separu hlagi merupakan Honda Goldwing di bahagian belakang.
Menurut penjual, Tiburon ini asalnya dibeli baharu pada tahun 2021 sebelum ia diubah menjadi sesuatu yang ternyata lain daripada yang lain.
Kesemua fungsi asal yang wujud pada kereta Tiburon tersebut masih lagi beroperasi dengan baik seperti lampu membelok, radio dan juga sistem pemanasan terbina.
Malangnya, binaan kustom ini tidak boleh dibawa secara halal di atas jalan raya kerana ia diklasifikasikan sebagai sebuah ATV off-road.
Motosikal tiga roda ini disenaraikan dengan harga jualan sekitar 4,500 dollar Kanada (RM13,692).
Namun, semasa artikel ini ditulis iklan tersebut telah pun dibuang daripada laman FB Marketplace, berkemungkinan besar sudah mempunyai pemilik baharu.
Anda rasa ini satu binaan yang unik? Atau sebaliknya?