Jeff Bezos, manusia paling kaya naik roket syarikat sendiri melancong ke angkasa lepas

2110

Kapsul membawa manusia paling kaya dunia, Jeff Bezos dan penumpang lain yang dilancarkan menggunakan roket New Shepard selamat mendarat di  gurun barat Texas.

Blue Shepard merupakan kenderaan angkasa lepas milik syarikat diasaskan Bezos, Blue Origin.



Selepas terapung seketika di angkasa lepas, kapsul itu kembali ke Bumi dan menggunakan payung terjun untuk mendarat di sebuah kawasan lapang di barat Texas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jeff Bezos (@jeffbezos)

Bezos, 57, disertai saudara lelakinya, Mark, perintis aviasi wanita, Wally Funk dan  Oliver Daemen yang merupakan remaja Belanda berumur 18 tahun.

Bapa Daemen membayar untuk tempat duduk di dalam kapsul tersebut menerusi satu lelongan. Semua penumpang berada dalam keadaan selamat.

Roket Blue Shepard juga mendarat dengan selamat. Selepas membawa kapsul itu ke angkasa lepas, roket itu menggunakan penggalak untuk kembali ke Bumi dan melakukan pendaratan.

New Shepard dilancarkan sekitar 11 minit lebih awal dari Tapak Pelancaran Blue Origin yang terletak di kawasan gurun di Pergunungan Guadalupe, barat Texas. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here