[Video] Monyet ‘kantoi’ curi nombor plat Saga merah kali ke-7

1931

Tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) baru baru ini yang menunjukkan seekor monyet mencuri nombor plat sebuah kenderaan.

Anehnya monyet itu hanya berminat dengan nombor plat Proton Saga merah tersebut sedangkan dia tidak menyentuh langsung nombor plat kenderaan lain yang berhampiran. 



Menurut wanita yang berkongsi video tersebut menerusi platform TikTok, kejadian itu bukanlah kali pertama malah monyet itu sudah tujuh kali mencuri nombor plat keretanya.

“Ini bukti dia curi nombor plat kereta ya, kalau korang tak percaya lagi tak tahulah, dah tujuh kali dah, tujuh kali dia ambil kereta lain dia tak ambil kereta merah ini saja dia ambil agaknya dia buat collection kat hutan belakang tu,” katanya. 

Bahkan kerana terlalu sakit hati wanita itu juga pernah membaling selipar dan terkena kepala monyet tersebut. Siapa tidak sakit hati jika haiwan itu membuat onar sehingga tujuh kali.

Tambahnya lagi, ketika ditahan di sekatan jalan raya dia memberikan alasan nombor plat keretanya hilang akibat dicuri monyet membuatkan polis juga turut terhibur.

Namun gelagat monyet tersebut yang bersungguh-bersungguh mencabut nombor plat kereta itu menjadikan netizen terasa terhibur sedangkan ia  tidak memberi sebarang faedah kepadanya.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here