Ronaldo pandu Bentley Flying Spur RM1.4juta dikawal ketat pengawal peribadi

1553

Cristiano Ronaldo mula mengumpul kereta sekitar 2009 ketika menjadi bintang Machester United dan kebanyakan model yang dimilikinya hanya dikeluarkan terhad.

Ke mana saja kelibatnya pergi sering kali menjadi tumpuan paparazi mahupun peminatnya.



Baru-baru ini,  tular foto Ronaldo memandu kereta Bentley Flying Spur baharu bernilai pound sterling 250,000 (RM1.4juta) ke pusat latihan pasukan Manchester United di Carrington.

Keretanya diikuti dua orang pengawal peribadi yang memandu SUV Range Rover. Kemunculannya itu seolah dejavu kerana awal kariernya Ronaldo cenderung ke arah model Bentley Continental GT dan memiliki beberapa koleksi ketika di Old Trafford. 

Ketika itu dia memiliki model GT Speed dan kerana versi convertible, dia sering dilihat memandu tanpa bumbung walaupun ketika hujan di Manchester. 

Flying Spur digelar sebagai sedan sport Grand Touring (GT) yang dikeluarkan di kilang Crewe, England.

Enjin 6.0L Twin Turbo TSI W12 menghasilkan kuasa 626hp dan tork 900Nm yang kemudian dipadankan dengan transmisi klac kembar 8-kelajuan.

Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 333kmj.

BACA>>Ronaldo pandu Lamborghini Urus pada hari pertama latihan MU

BACA>>Terpaksa patuh had laju kawasan kejiranan, Ronaldo pandu Bugatti 30kmj

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here