Hanya 10 saat rembat spoiler Perodua Myvi depan rumah

2745

Setiap komponen kenderaan amat berharga nilainya jika dijual maka tidak hairan ada yang sanggup mencuri kerana wujudnya permintaan di pasaran. 

Baru-baru ini, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman sosial memaparkan tindakan dua individu bermotosikal mencuri spoiler Perodua Myvi. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui. 



Menerusi rakaman CCTV tersebut, kejadian berlaku pada jam 5.04 pagi yang menunjukkan dua lelaki menghampiri kereta berkenaan yang diparkir di luar pagar rumah. 

Boleh dilihat penumpang berkenaan turun dari motosikal dan segera merentap spoiler Myvi itu lalu menaiki motosikal melarikan diri.

Proses tersebut mengambil masa kurang 10 saat dan seolah pencuri tersebut sudah lama menyasarkan spoiler CF Oettinger bersama CF extension itu. 

Video tular tersebut mengundang kemarahan netizen, antaranya:

“Nak beli tak mampu lepas tu curi hak orang, hati jahat.”

“Benda ini ada harga, orang yang curi benda ni tahu lah.”

VIDEO

BACA>>[Video] 2 lelaki kantoi curi tabung ekzos kenderaan orang awam

BACA>>BMW X7 Tom Cruise dicuri ketika penggambaran, barangan bernilai ribuan pound sterling hilang!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here