Kongsi minat membawa berkat – Duke

2352

Saya menemani suami,kerana beliau minat untuk mencuba motosikal KTM 1290 Super Duke,Alhamdulillah rezeki saya untuk mendapat hadiah motosikal” luahan Puan Hayatun Nufus Hoddri semasa sesi tembual dengan “Motoqar” sewaktu upacara penyampaian hadiah utama Cabutan Bertuah sempena Orange Karnival di Skudai,Johor Bahru bulan lepas.

KTM Malaysia telah menawarkan sebuah  motosikal KTM 390 Duke baharu sebagai hadiah utama.Pesta yang berlangsung satu hari itu mendapat sambutan yang mengalakkkan dari peminat dua roda tempatan dan luar negeri.



Duke

Pemenang telah dipilih melalui cabutan sewaktu karnival. Upacara penyampaian hadiah telah diadakan di Lifestyele Center KTM Malaysia di Kota Damansara.

Duke

Menurut Mohd Firdaus Ithnin model KTM 1290 Super Duke menjadi idaman semenjak diperkenalkan di Malaysia. Beliau yang menemani isteri Puan Hayattun Nufus turut berpuashati dengan karnival Orange. Yang mana memberi peluang kepada pengunjung mencuba serta mendapat pendedahan tentang motosikal keluaran KTM.

Duke

Bagi Puan Hayattun Nufus kemenangan ini diibaratkan hadiah sempena Ulang tahun Kelahiran Suaminya yang ke 29. Mengakhiri temubual,pasangan ini berharap agar KTM Malaysia akan mengadakan acara seperti ini di setiap negeri. Memandangkan pendedahan jentera KTM agak kurang di ketahui oleh bikers .

KTM 390 Duke dan KTM RC 390 adalah motosikal enjin tunggal silinder 373.2 cc (22.77 cu.) Yang dipasang oleh Bajaj Auto, dan KTM Asia Motorcycle Manufacturing, Inc. (KAMMI) untuk pengeluar Austria KTM

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here