Jorge Lorenzo tidak berdaya, digantikan oleh Pirro

933

Pelumba pasukan Ducati,Jorge Lorenzo cuba nasib  menunggang pada sesi latihan bebas.Namun selepas 1hari yang sukar, dia tidak dapat menyelesaikan misi di hujung minggu.

Jorge Lorenzo tidak akan bersaing dalam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia. Juara dunia lima kali itu pulih dari pembedahan kecederaan pergelangan tangan dan cuba menunggang.



Tetapi selepas hari yang sukar di atas motosikal, bersama dengan pasukan dia mengambil keputusan untuk menarik diri dari acara tersebut. Pelumba nombor 99 mengalami kesakitan yang melampau semasa membrek dan setiap kali mengambil selekoh.

Dia akan digantikan oleh Michele Pirro, penunggang ujian kilang Borgo Panigale, bermula pada sesi latihan bebas 3.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here