Kawasaki W800 berwajah baru

1177

Apabila Kawasaki menghentikan pengeluaran W800 beberapa tahun yang lalu, rasanya seperti kita tidak akan melihat kelibat jentera itu lagi dan menyangka itu adalah yang terakhir dalam siri W terutama apabila perhatian Kawasaki beralih kepada Z900RS.

W800 kini kembali. Ia kelihatan seperti model terdahulu, tetapi dengan reka bentuk bingkai baru, fairing kecil, 41mm fork depan sedikit lebih kecil dan roda depan bersaiz18 inci dan belakang. Tiada data yang tersedia bagi kuasa enjin kembar selari penyejukan udaras 773cc, tetapi kita boleh menganggap enjin itu berkemungkinan dalam 47 hp anggaran yang sama seperti model sebelumnya.



Sifat Kawasaki W 800 CAFE

1.Enjin 773cc kembar menegak,dengan penyejukkan udara menawarkan banyak prestasi dan tork yang rendah.

2.Suntikan bahan api moden memastikan penyampaian bahan api yang tepat, mudah untuk di hidupkan (start) dan enjin yang bersih.

3.Assist dan Slipper Clutch memberikan rasa yang lebih ringan pada tuil dan fungsi pengehadan tork belakang untuk mengurangkan keletihan rider dan hop roda semasa gear rendah.

4.Penutup hadapan imej W 800Cafe membantu mengawal angin sambil menambah gaya estetik vintaj.

5.Bentuk huruf  M nampak bergaya,kedudukan hendalbar yang memberikan kedudukan yang di optimumkan untuk keselesaan dengan tunggangan santai mahupun kelajuan di lebuh raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here