Selamat Tinggal Ducati – Casey Stoner

2496

Ducati dan Casey Stoner tidak akan meneruskan perjanjian kerjasama yang telah menyaksikan mereka bekerjasama sejak 2016.

Kesepakatan yang termeterai selama tiga tahun bermula 2016 hingga 2018, menyaksikan sumbangan Casey stoner serta membuatkan Ducati terus meningkatkan prestasi dan pencapaian mereka di MotoGP.



Desmosedici GP yang sekarang dianggap sebagai salah satu motosikal yang kompetitif dalam Kejohanan Dunia MotoGP hasil ujian dari Casey Stoner.

Sumbangannya juga turut melibatkan pembangunan akhir Panigale V4, serta menawarkan cadangan penting untuk pembangunan motosikal lain yang kini berada di barisan Ducati.

Dalam peranannya sebagai duta jenama Ducati, Casey adalah salah satu bintang yang tidak dipertikaikan dari dua edisi terakhir WDW (World Ducati Week) pada 2016 dan 2018, di mana juara Australia secara aktif mengambil bahagian. Beliau disambut dengan luar biasa tanda kasih sayang oleh Ducatista dari seluruh dunia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ducati kerana kenangan hebat, terutamanya sokongan dan semangat peminat Ducati untuk keghairahan kami bagi perlumbaan dan motosikal, saya akan sentiasa ingat ini,” tambah Stoner. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here