Polis memulakan latihan hoverbike

1034

Jangan terkejut bukannya Polis Malaysia tetapi Pasukan Polis di negara teluk yang kaya raya.

Polis di Dubai telah memulakan latihan untuk menunggang Hoverbike yang dibekalkan oleh syarikat dari California iaitu Hoversurf.



Hoverbike S3 2019, berat 114kg dan boleh terbang pada 60mph dengan ketinggian 5 meter dari tanah.

Ia menggunakan bingkai serat karbon monocoque dan mempunyai ciri pendaratan automatik serta pilihan ketinggian dan kawalan jarak jauh.

Polis Dubai berhasrat menggunakan hoverbikes sebagai kenderaan tindak balas pertama untuk sampai ke kawasan yang sukar pada 2020. Bagaimanapun masa penerbangan maksimum hanya 10-25 minit.

Menjadi masalah kepada penunggang di mana tindakan terbatas serta keberkesanan pengunaan jentera tersebut tidak menyelesaikan masalah, kecuali teknologi hoverbike di kemaskini.

Bateri LiNiMnCoO2, kini mengambil masa 2-5 jam untuk mengisi penuh tanpa perlu dikeluarkan dari hoverbike. Masa penerbangan hingga 40 minit mungkin dalam mod drone.

Sekiranya anda minat dan ingin memiliki hoverbike sendiri. Model S3 2019 itu juga dijual untuk orang ramai dengan harga sekitar £ 116,000.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here