Asia Talent Cup ditaja oleh Idemitsu sehingga 2020

1110

Dorna Sports dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Idemitsu akan meneruskan penajaan untuk Asia Talent  Cup 2019 dan 2020. Syarikat dari Jepun tersebut menjadi sebahagian daripada kejohanan sejak 2017 dan selepas satu lagi acara pemilihan di Litar Antarabangsa Sepang, Idemitsu, Honda dan Dorna telah memutuskan untuk meneruskan kerjasama mereka selama dua musim lagi.

Idemitsu Asia Talent Cup adalah pertandingan mempromosikan kerjaya pelumba dari Asia, Australia dan New Zealand. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran dan berusaha untuk mencapai ke tahap Kejohanan Dunia MotoGP.



Ini adalah batu loncatan bagi penunggang muda untuk ke pentas dunia. Membuka peluang kerana kurangnya bakat muda dari rantau ini berkembang dan maju menuju ke MotoGP.

Kejohanan ini diterajui oleh Alberto Puig, insan yang bertanggungjawab membangunkan bakat seperti Casey Stoner dan Dani Pedrosa, juga merupakan ketua Program Promosi Bakat Dorna. Pertandingan ini bakal menyaksikan bintang-bintang di Asia mengambil bahagian dalam kejuaraan 12 perlumbaan yang berlangsung selama enam pusingan sepanjang tahun.

Lokasi perlumbaan adalah Qatar (Losail), Thailand (Buriram), Jepun (Motegi) dan Malaysia (Sepang). Semua pelumba akan bersaing menggunakan jentera yang sama iaitu Honda NSF250R Moto3.

Antara pelumba yang pernah di cungkil bakatnya melalui kejohanan ini ialah Ayumu Sasaki dan Can Oncu.

 

Carmelo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, berkata: “Asia Talent Cup adalah salah satu projek penting dalam program Road to MotoGP , ini peluang bagi penunggang muda di rantau ini untuk memulakan laluan mereka ke puncak. Idemitsu akan meneruskan peranan mereka sebagai penaja untuk Kejohanan dan kami ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sokongan berterusan. Bersama-sama kita dapat mewujudkan juara masa depan lebih banyak dan mencungkil lebih banyak bakat .”

Encik Masashi Yokomura, Pegawai Eksekutif, dan Pengurus Besar Perniagaan Pelincir Idemitsu Kosan., Co Ltd, berkata: “Adalah menjadi penghormatan untuk meneruskan tajaan kami dalam program ini.

“Dengan memainkan peranan penting dalam membangun pelumba muda Asia untuk melangkah ke peringkat dunia. Kami merasa simpati terhadap hala tuju Dorna dan Honda, dan sangat senang terlibat di rantau Asia dan melalui kerjasama kami dalam industri perlumbaan. “

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here