Jentera baru Hafizh Syahrin yaitu RC16

1842

Hafizh Syahrin (Red Bull KTM Tech 3) bersama pasukan baru bagi musim 2019. Dia merupakan seorang lagi pelumba KTM yang terhempas pada hari ke 2 dalam sesi latihan bersama jentera baru yang akan di gunakan pada kejohanan MotoGP musim 2019 iaitu RC16.

Mengulas tentang sesi penyesuaian jnetera baru,menurut Hafizh “Tidak banyak perubahan di lakukan dari hari pertama ujian,tetapi kira-kira satu setengah jam sebelum menamatkan sesi penyesuaian dengan jentera baru. perubahan telah di lakukan pada bahagian hadapan,hasilnya terbukti baik.”



“Kami menukar suspensi belakang. Sudah cukup masa untuk saya faham dan merasakan bertambah baik , “kata Syahrin. “Kami juga hanya menggunakan dua tayar baru pagi ini dan kami menukar mereka pada waktu petang dan cuba memecut serta  memahami motosikal. Yang penting cuba membiasakan diri dengan motosikal.

Inilah yang dikehendaki oleh pasukan dan juga kami mahu bekerja keras dengan elektronik baru dan suspensi baru; ia sangat berbeza dari motosikal lain.

Saya mengalami kemalangan kecil pada waktu petang kerana pengunaan tayar sederhana, apabila suhu itu agak sejuk dan berbahaya di sebelah kanan. Tiada kecederaan, motosikal semua nya ok. Langkah demi langkah  harus di perbaiki sebelum ujian di Jerez dan kembali dalam keadaan yang baik untuk memecut lebih cepat pada sesi penyesuaian ini.

RC16 Model Motosikal bakal di gunakan Hafizh bagi musim 2019

Elektronik sangat penting untuk di perbaiki dan juga suspensi. Persediaan ini asas ini dalam ujian minggu depan. Demikian pendapat anak muda kebanggaan Negara dalam mengharungi penyesuaian jentera bagi musim 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here