Perkara seperti ini mungkin terjadi apabila anda langgar lampu merah

1214

Bermain telefon mahupun menghantar pesanan ringkas ketika memandu mengundang bahaya.

Berikan tumpuan kepada jalan dan keadaan sekeliling, kerana anda mungkin akan melanggar lampu merah.

Sesetengah pemandu tidak faham bahawa memandu tanpa tumpuan bukan sahaja mengundang kecelakaan kepada mereka, malah kepada orang yang tidak bersalah.



Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) telah melakukan video ujian-kemalangan yang memaparkan apa yang akan terjadi sekiranya anda melanggar lampu merah.

Dalam video itu mereka menggunakan jentera Chrysler Sebring 2007 dengan Ford F-150 2010 dan keputusannya sangat mengerikan.

Cermin pada bahagian bumbung terpelanting, bumbung kemik, kaca daripada cermin tingkap bertaburan dan patung uji kaji di dalam kereta  mendapat impak yang kuat daripada perlanggaran itu.

Impak daripada kemalangan

Keadaan Chrysler lebih teruk di akhir video kerana jentera itu dilanggar daripada bahagian tepi. Sementara pemandu dan jentera F-150 tidak begitu teruk kerana hanya bahagian hadapan yang terjejas.

ini tidak lagi termasuk semua kemungkinan yang berlaku kepada pemandu dan penumpang akibat daripada impak kemalangan.

Antara kecederaan yang akan dialami adalah seperti kaca yang tertusuk di bahagian badan, melecur akibat pengembangan beg udara dan patah tulang.

Berikan tumpuan kepada jalan raya, tiada gangguan dalam kabin kereta anda dan beri juga perhatian kepada pemandu lain di sekeliling anda.

Kemalangan, malang tidak berbau tidak dapat dielak tapi sekurangnya dengan tumpuan dan perhatian keadaan akan lebih selamat. Hal ini kerana anda peka dengan keadaan sekeliling.

Pemanduan yang selamat sangat penting untuk kesejahteraan semua. Berikan tumpuan dan perhatian yang penuh sewaktu memandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here