Kawasaki ZX10RR Kini masuk Malaysia

2208

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) menghangatkan segmen motosikal berkuasa tinggi di negara ini dengan membawa masuk model terkini yaitu Kawasaki ZX10RR. Pelancaran model tersebut berlangsung di KLIMS’18.

Sememangnya pasaran superbike di negara kita berkembang dengan pesatnya.Pelbagai model terkini dibawa masuk oleh pengeluar terkenal ke negara kita.Bagi peminat yang tertunggu-tunggu model superbike terkini boleh membuat penilaian dan pilihan berdasarkan minat serta ciri-ciri motosikal yang di idamkan.



Edisi terhad Kawasaki ZX10RR hanya 500 unit untuk pasaran global. Jentera yang diadoptasikan dari Kawasaki Racing Team (KRT) yang ditunggang oleh Jonathan Rea dalam Kejohanan Superbike Dunia (WSBK).

Beberapa peningkatan yang dilakukan seperti aktuasi ‘finger-follower’ dengan menyalurkan kuasa maksimum 204PS.Ia lebih ringan 102 gram yang menyumbang mengurangkan inertia aci engkol lima peratus.

Tempat duduk tunggal, suspensi talaan semula dan rim tempa Marchesini tujuh bilah. Rim yang ringan itu dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP.

Harga yang di tawarkan RM159,900 iaitu lebih mahal RM20,000 berbanding varian biasa.KMSB menjangkakan model ini berada di pasaran pada hujung Mac atau awal April 2019.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here