CUB CLASSIC dilengkapi “SOKET PENGECAS USB”

2288

Satu lagi jenama motosikal tempatan yang dinamakan WMOTO atau Wawasan Moto, dilancarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

WMoto Cub Classic di lengkapi enjin silinder tunggal,4 lejang,EURO3 dengan kapasiti enjin 109.2 cc.Trok maksima dengan 8.0Nm/5500rpm.Dan kuasa maksima 6.0Kw/7500 rpm.



Motosikal ini juga di lengkapi dengan penghidup enjin eletrik dan penendang kaki.Motosikal kapcai yang pertama di bekalkan dengan soket pengecas USB.lampu LED di hadapan dan belakang.Pelana belakang yang boleh di tanggal.

Cub Classic juga dilengkapi brek gelendong pada roda depan dan belakang.Suspensi terbalik (USD) di hadapan dan penyerap hentak telekskopik di bahagian belakang.Berat motosikal ini ialah 100kg dengan tangki bahan api berkapasiti 4 liter.

WMoto Cub Classic di tawarkan dengan tiga warna iaiitu Matte Merah,Matte Hijau dan Matte Hitam.

Harga yang di tawarkan ialah RM 4,588 (tidak termasuk cukai, jalan,insuran, yuran perkhidmatan dan SST.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here