Porsche mengesahkan Porsche 911 versi hibrid selepas 2022

1237

Desas-desus mengenai Porsche 911 hibrid adalah benar. August Achleitner, ketua model 911, telah mengesahkan baru-baru ini pada pameran auto Los Angeles 2018.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan hibrid itu akan diposisikan sebagai model berprestasi tinggi, bukan sebagai juara dalam barisan model Porsche.

“Ketika saya memikirkan 911 versi hibrid 911, saya tidak bermaksud seperti Panamera dan Cayenne, maksudnya seperti kereta 919 Le Mans,” jelasnya.



Porsche’s boleh mempromosikan dua versi 911. Yang pertama akan menjadi alternatif kepada 911 Carrera. Yang kedua berada lebih dari jangkaan,iaitu pada tahap yang sama dengan Turbo 911. Model 918 Spyder dan Panamera Turbo S E-Hybrid, kedua-duanya menunjukkan kebolehan Porsche dalam teknologi hibrid.

Elektrik akan menambah berat , serta menjejaskan prestasi dan pengendalian. Namun jurucakap Porsche mendakwa bahawa setiap masalah telah diselesaikan, pengalaman dari program model Spyder 918 menjadi pengajaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here