5 model KTM untuk pasaran 2019

2080

Rangkaian yang paling komprehensif, dinamik dan inovatif yang pernah ada dari KTM, akan membolehkan penunggang dari pelbagai usia dan keupayaan untuk memilih apa yang terbaik buat mereka pada 2019. Terdapat 5 buah model KTM untuk pasaran 2019. Iaitu KTM 790 Adventure, 790 Adventure R, KTM 690 SMC R, 690 Enduro R dan KTM Sx E 5.

Antara 5 buah model KTM untuk pasaran 2019 ialah:

KTM 790 ADVENTURE –



KTM 790 ADVENTURE adalah tawaran unik dalam segmen dengan LC8c. Tork lebih rendah dalam menghasilkan 95hp. Motosikal ini juga ringan dan sangat lincah.

KTM 790 ADVENTURE R –

Motosikal Adventure powered parallel-twin yang telah dibangunkan sejajar dengan Rali Dakar terbaru KTM iaitu KTM 450 RALI, untuk menjadi penghubung antara motosikal enduro dan jalanraya pada tahun 2019.

KTM 690 SMC R –

Model ini mengambil pendekatan KTM “READY TO RACE”  di jalanraya, ringan, tangkas, silinder tunggal, komponen casis premium dan kini disandarkan oleh elektronik yang meningkatkan prestasi prestasi.

KTM 690 ENDURO R –

KTM 690 ENDURO R  di kategori menghubungkan jalan raya dan laluan. Motosikal yang diperbaharui ini juga mendapat manfaat daripada peningkatan enjin, elektronik dan casis, tetapi sepenuhnya tumpuan pada off road.

KTM SX-E 5 –

Keluaran terbaru iaitu KTM SX-E 5 . Model didasarkan pada 2-lejang KTM 50 SX yang sangat popular dengan casis mewah ,di kuasai oleh motor elektrik. Misi KTM adalah jelas untuk mencipta mesin ultra kompetitif yang juga mudah untuk ditunggangi, walaupun kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia off road.

KTM SX-E 5 dengan kelebihan pelepasan sifar (zero emission), bunyi yang tidak menyakitkan telinga dan penyelenggaraan minimum, ideal untuk remaja yang baru berjinak ke dunia motosikal. Reka bentuk yang dinamik, sesuai untuk penunggang yang semakin meningkat remaja di mana tempat duduknya boleh di laras.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here