Satu daripada tujuh Y15ZR telah dimenangi, mungkin anda seterusnya?

4731

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini menyempurnakan majlis penyampaian hadiah berupa Yamaha Y15ZR kepada pemenang pertama untuk hadiah bulanan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019.

Pemenang Y15ZR

Pemenang Y15ZR bertuah itu, Sahrulnaim Sahrahan memenangi Ysuku edisi istimewa yang mendapat livery Petronas Sprinta berserta aksesori Racing Boy dan 2 tiket Grandstand MotoGP Malaysia 2019.



Pemenang Y15ZR

Ketika ditanya mengenai perasaannya memenangi Ysuku itu, Sahrulnaim berkata, “Saya tidak menyangka akan memenangi hadiah ini kerana bilangan peserta agak ramai. Saya sangat gembira dan sukakan Y15ZR dengan livery PETRONAS Sprinta ini.”

Mahu memenangi Ysuku juga? Jangan risau kerana peraduan masih berjalan.

Terdapat enam (6) lagi Y15ZR serupa untuk hadiah bulanan dan hadiah-hadiah lain yang lebih lumayan:

Hadiah pertama x1: Yamaha R6 + topi keledar Arai + 2 tiket VIP Village MotoGP Malaysia 2019

Hadiah kedua x3:  Yamaha R25 + aksesori Racing Boy + 2 tiket Grandstand MotoGP Malaysia 2019

Hadiah bulanan x7: Yamaha Y15ZR + aksesori Racing Boy + 2 tiket Grandstand MotoGP Malaysia 2019

Hadiah mingguan: 2 tiket Grandstand MotoGP Malaysia 2019

Paling menarik, hadiah utama Yamaha R6 akan disampaikan sendiri kepada anda oleh pelumba MotoGP PETRONAS Yamaha SRT, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo di Litar Antarabangsa Sepang semasa minggu perlumbaan MotoGP Malaysia 2019 nanti! Amacam?

Ya, kami tahu anda teruja untuk memenangi hadiah di atas. Cara menyertai Petronas Sprinta Bonanza 2019 cukup mudah:

Imej: mymesra
  1. Beli minyak pelincir PETRONAS Sprinta 1-liter bernilai RM25 atau lebih
  2. Kirimkan resit pembelian melalui aplikasi WhatsApp ke 013-6958306
  3. Jawab soalan mudah di laman web dan isi maklumat peribadi anda

Mudah sahaja, bukan? Pemenang akan diumumkan di laman Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia. Semoga berjaya!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari https://www.facebook.com/PETRONASSprintaMalaysia/

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here