Bikers tertua di Malaysia terbabit dalam kemalangan

2834

Kemalangan berlaku tidak mengenal usia dan status.Paparan motoqar kali ini tertumpu kepada seorang bikers tertua di Malaysia terbabit dalam kemalangan. Beliau yang sudah berusia 77 tahun iaitu Hj Salleh atau lebih dikenali di kalangan peminat dua roda sebagai “Hj Rock”.

Hj Rock di lokasi kemalangan

Insiden yang menimpa Hj Rock berlaku di persimpangan lampu isyarat,Centre Mall ,Setapak,Kuala Lumpur. Kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kereta.Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Motosikal yang di tunggani oleh Hj Rock

Difahamkan, Bikers tertua di Malaysia terbabit dalam kemalangan itu telah di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya.Info yang kami terima, kaki beliau patah dan luka-luka kecil serta di benarkan pulang.



Kereta yang terlibat dalam insiden

Hj Rock merupakan seorang penunggang motosikal yang aktif.Cukup popular dengan sikapnya yang sentiasa murah dengan senyuman dan pergaulan tanpa kira usia.Beliau juga seorang pendakwah dan merupakan ahli jemaah Tabligh.

Di HKL semasa menerima rawatan

Menyentuh tentang aktiviti dalam dunia permotoran.Hj Rock boleh di kategorikan penunggang yang berpengalaman.Ini kerana beliau telah memiliki motosikal dari yang sekecil-kecilnya hinggalah motosikal berkuasa tinggi.

Di Bilik Kecemasan HKL menunggu pemereksaan

Pengalaman lebih dari 40 tahun dan jika masa mengizinkan, beliau sentiasa menghadiri perhimpunan motosikal di mana sahaja di adakan.Tentang persaraan beliau dari dunia permotoran,jawapan ringkas dari beliau ialah,”Allah Menentukan.”

Keadaan Mototsikal Hj Rock Selepas kemalangan

Semoga musibah yang menimpa “Otai” ini membuatkan kita lebih berhati-hati sewaktu menunggang.Kami di motoqar mendoakan Hj Salleh (Hj Rock) di permudahkan segalanya dan cepat sembuh.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here