Mercedes-AMG C 63 S 2019 kini lebih sporti dan dinamik

1954

Mercedes-Benz Malaysia hari ini melancarkan Mercedes-AMG C 63 S 2019, dan ditawarkan dalam bentuk badan Sedan dan Coupe. Pelancaran sedan brutal ini dilakukan serentak dengan AMG GT 63 S 4Matic+.

Harga untuk C 63 S 2019 adalah seperti berikut;



C 63 S Sedan: RM768,888.00

C 63 S Coupe: RM820,888.00

Enam tetapan pemanduan

Transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9-kelajuan kini mampu menukar gear dengan lebih responsif dan dengan pelbagai cara. Ini adalah hasil dari AMG DYNAMIC SELECT dimana mod Comfort, Sport, Sport+, Slippery dan Individual serta RACE direka khas untuk AMG C 63 S Coupe dan Sedan terbaharu.

AMG RIDE CONTROL pula mengawal tetapan sistem suspensi sports pada kedua-dua kereta.

Enjin V8 twin-turbo lebih dinamik

Enjin 4.0-liter V8 twin-turbo kini menjana 510hp dan 700Nm tork. Ini memberikan C 63 S pecutan dari pegun ke 100km/j dalam 3.9 hingga 4.0 saat sahaja, dengan kelajuan maksima 290km/j.

Rekaan luaran lebih agresif

C 63 S kini memakai gril Panamerica yang diambil dari AMG GT R dan lampu LED direka semula. Kereta ini masih mempunyai fender gemuk dengan tayar yang besar, sedia untuk membazirkan getah di atas permukaan jalan.

Kelengkapan standard adalah Carbon-Fibre Package, Night Package, tayar sport, sistem ekzos AMG Performance, angkup brek merah, kemasan luaran AMG dan MULTIBEAM LED.

Namun kedua-dua model mendapat rim berbeza; AMG cross-spoke 19-inci untuk Sedan dan AMG 5-twin-spoke 19-inci untuk Coupe. C 63 S Sedan juga dilengkapi Adaptive Highbeam Assist Plus.

Kabin lebih canggih

Kabin Sedan diberikan kemasan dwi-tona white pearl dan balutan kulit hitam, manakala untuk Coupe diberikan kemasan dwi-tona red pepper dan balutan kulit Nappa hitam AMG.

Sedan dan Coupe juga mendapat sistem penghawa dingin berbeza, iaitu THERMOTRONIC untuk Sedan dan THERMATIC untuk Coupe.

Standard pada kedua-dua model adalah AIR-BALANCE Package, roda stereng AMG Performance dengan butang AMG, tempat duduk AMG dan ENERGIZING comfort control.

Sistem multimedia

Unit hiburan C 63 S Sedan dan Coupe disokong oleh paparan 10.25-inci dengan fungsi COMAND Online dan kawalan Touchpad baharu. Terdapat sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio Burmester.

Paparan instrumen pemandu pula adalah skrin 12.3-inci digital sepenuhnya.

Keselamatan

Dari segi keselamatan, C 63 S Sedan dan Coupe lengkap dengan ciri terkini Mercedes seperti kawalan jarak DISTRONIC, bantuan parkir aktif PARKTRONIC, lampu brek adaptif, stereng aktif, pakej Driving Assistance, sistem PRE-SAFE, TIREFIT, dan AMG Track Pace.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here