Kelantan Islamic Bike Fest 2019-Sasaran Tercapai Walau Tanpa Bantuan

2486

Kelantan Islamic Bike Fest 2019- Sudah menjadi tradisi penunggang motosikal di negara kita,iaitu selimutkan motosikal serta cuti sementara dari aktiviti permotoran.Tradisi ini selalunya berlaku di bulan Ramdhan Al Mubarak. Majoriti pemilik motosikal di negara kita 90 peratus adalah beragama Islam.

Azrul Khalid(kanan) pencetus idea acara bersama tetamu di acara perasmian KIBF2019

Kesempatan tersebut telah memberi ilham kepada Azrul Khalid dan Pasir Puteh Bikers Club iaitu mengujudkan destinasi terakhir bagi penunggang motosikal berkunjung sebelum motosikal masing-masing diselimut.



Jajahan Pasir Puteh,lokasi yang kurang popular bagi penunggang motosikal akhirnya telah mencipta sejarah.Acara yang julung kalinya diadakan,Kelantan Islamic Bike Fest 2019,tanpa “Dana” dari Kerajaan Negeri.

Satu acara yang di kategorikan tidak menyusahkan kerajaan negeri.Pengumpulan “Dana” serta hasil titik peloh dari komiti Pasir Puteh Bikers Club yang jelas agak ketara pengisian acara,namun berhasil mengamit kehadiran penunggang motosikal dari luar negeri Kelantan.

Perhimpunan motosikal bertemakan “Islam”. Penerapan yang cukup bernas dari penganjur kepada pemilik motosikal yang hadir ke acara tersebut.Perbezaannya begitu ketara jika di bandingkan dengan acara perhimpunan motosikal yang lain.

Syarahan ugama,Persembahan Qasidah,Salawat Keatas Rasulullah S.A.W itu merupakan acara utama yang di pertontonkan di samping acara yang lain kepada pengunjung.Terdapat 20 gerai jualan dan pameran yang disediakan oleh penganjur.

Kerjasama

Kerjasama dari Majlis Daerah Pasir Puteh,Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh serta agensi kerajaan yang turut terlibat ialah PDRM,AADK,Kesihatan,Farmasi Hospital Tengku Anis,Tabung Darah Negara Cawangan Pasir Puteh,JPJ,dan Air Kelantan(AKSB).

Cuaca panas tidak menghalang pengunjung hadir ke KIBF 2019

Kolaborasi antara semua agensi terlibat dengan Pasir Puteh Bikers Club telah berjaya mengamit 2000 pengunjung terutamanya pemilik motosikal dari pelbagai jenis datang ke Bandar Baru,Pasir Puteh dimana lokasi acara di adakan.

Mempromosi Jajahan Pasir Puteh sudah pasti tujuan utama acara diadakan.Rata-rata pemilik motosikal yang pertama kali mengunjungi bandar Pasir Puteh kagum dengan pembangunan yang terdapat di bandar tersebut.

Dato’ Hj Hassan bergambar kenangan dengan motoskal hadiah utama

Menurut Dato’ Hj Hassan Mohamood,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat,Kebudayaan,Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Beliau juga mengalu-alukan agar acara yang serupa dapat di teruskan lagi dari masa ke semasa.

Penaja

Antara penaja yang turut membantu dalam menjayakan program paling muda di kelantan ini ialah Syarikat Keropok Cap Menara,RSL Motor Grup,Abk Bikers Garage.Penglibatan Trafik IPD Pasir Puteh di ketuai oleh Inspektor Zarul beserta 10 anggota dalam melicinkan perjalanan lalulintas.

Turut memeriahkan acara ialah Aris Kapila,,Man Khan dan Jemi Intan Berlian,Kumpulan Dikir Barat Tuan Kob Raja Saring,Kumpulan Legasi Pak Agil.

Pemilik Ducati Kelantan turut hadir memeriahkan acara

Acara yang baru di perkenalkan tidak semestinya berakhir dengan kekecewaan. Itu adalah cabaran yang perlu di sahut demi memperbaiki serta menambahbaikkan program yang bakal di adakan akan datang.Syabas kepada penganjur.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here