Hebat budak – budak zaman sekarang

1346

SYDNEY: Tiga remaja dan seorang kanak-kanak yang melarikan kenderaan pacuan empat roda milik saudara mereka ditemui seribu kilometer dari Queensland di Grafton, New South Wales. Terlalu hebat budak zaman sekarang.

Ketika diserbu, polis berdepan kesukaran mengarahkan tiga remaja lelaki berusia 13 dan 14 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk keluar dari kenderaan itu.

Mereka memulakan perjalanan mereka kelmarin, dengan membawa sejumlah wang dan pancing sebelum melarikan kenderaan milik seorang saudara di Rockhampton, Queensland.



Menurut polis, salah seorang budak meninggalkan nota menjelaskan perancangan itu kepada keluarganya.

 

Kenderaan itu dikesan awal pagi semalam di bandar Banana, selepas kumpulan berkenaan mengisi tangki minyak dan melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Coffs-Clarence, Darren Williams berkata, remaja berkenaan dipercayai bergilir-gilir memandu sepanjang perjalanan selama 11 jam itu.

Katanya, punca remaja dan kanak-kanak terbabit bertindak sedemikian masih dalam siasatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here