Putera Adam takluk pusingan empat IAME Siri Asia 2019

1771

SEPANG: Pelumba Go-kart negara, Putera Adam Halim menjuarai pusingan keempat IAME Siri Asia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang, minggu lalu sekaligus mendahului kategori Junior dengan 128 mata pada tahun pertama penyertaannya.

Selepas menduduki tempat kedua pada pusingan ketiga di Manila Filipina. Putera Adam memperkemaskan pemanduannya menerusi jentera Kart Republic milik pasukan I.S Racing dengan mendominasi keseluruhan sesi kelayakan dan perlumbaan.Putera Adam

Bermula di petak pertama, pelumba berusia 13 tahun itu mengekalkan momentum pemanduannya meskipun dicabar pemandu kelahiran Filipina, Bianca Bustamante. Yang menduduki tempat kedua dan Adrian Hassan dari Indonesia di kedudukan ketiga.



Putera Adam yang juga Juara Kejohanan X30 Asia 2018 itu nyata berada di kelas tersendiri sepanjang Kejohanan IAME Siri Asia ini. Apabila menjadi pelumba tunggal dari Malaysia menaiki podium dalam tiga pusingan sebelum ini.

Dia yang pernah menaiki podium di Kejohanan WSK Super Master Series di Venice, Itali dilihat mampu menjadi juara keseluruhan Perlumbaan IAME Siri Asia 2019. Yang berbaki dua lagi pusingan lagi termasuk Langkawi pada 3 hingga 4 Ogos. Dan pusingan terakhir akan berlangsung di Sepang pada 14 hingga 15 September ini.

Menurut Putera Adam, perlumbaan pusingan kelima yang akan berlangsung di Langkawi nanti mampu dijadikan penentu kejuaraan keseluruhan kejohanan dan misi. Untuk menduduki tempat pertama amat penting bagi menoktahkan musim 2019 dengan cemerlang.

“Ia akan dijadikan sebagai platform untuk saya mendapatkan rentak sebelum menyertai beberapa kejohanan penting di Eropah pada tahun hadapan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here