Lawa Honda CBR250RR – Bila Masuk Malaysia?

3367

Memang lawa Honda CBR250RR, itu mampu kami ucapkan setelah pertama kali melihatnya. Persoalannya bilakah jentera ini akan memasuki pasaran di Malaysia?

Pastinya menjadi kegilaan peminat dua roda andai model ini terjah ke pasaran negara kita.



Belum ada jawapan yang tepat dari Boon Siew Honda Malaysia. Mungkin apabila model ini sudah lapuk di negara jiran, barulah muncul di negara kita.

Ini yang sering berlaku. Peminat dua roda negara kita hanya mampu melihat dan mendengar kabar kemunculan model terkini melalui media.

Adakah kelewatan sesebuah model terkini memasuki pasaran negara kita merupakan strategi perniagaan dari pengeluar terkemuka atau negara kita dianggap kurang peminat.

Honda CBR250RR contohnya, agak terkejut bila dipertontonkan kepada media.Ramai peminat dan penggemar Honda telah berteriak bertanyakan, “Di mana Honda CBR250RR?

Jawapan yang pastinya ia hanya tersedia untuk pasaran di Jepun, Indonesia dan Thailand. 

Kami berterima kasih kepada Boon Siew kerana diberi peluang untuk melihat model ini ketika pelancaran pasukan AP250 Idemitsu Boon Siew Honda Racing di sepang.

Pada asasnya CBR250RR kelihatan seperti Sportbike 250cc yang paling canggih dan berkualiti.

Fork jenama Showa jenis terbalik. Brek kaliper Nissin empat piston di depan, serta ABS.

Melihatkan kepada kusyen tempat duduk, mengingatkan kita kepada model itu CBR1000RR Fireblade. Apabila melihatkan kepada kualiti yang dimiliki secara automatik terfikir harganya.

Walaupun dibawah 500cc, namun kualiti yang dimiliki oleh Honda CBR250RR memberi persoalan tentang harga. Mustahil harga dibawah 20k.

Kesimpulannya Honda CBR250RR ini penuh dengan ciri-ciri hebat bagi motosikal Sportbike 250cc.

 Harapan kita agar model CBR250RR akan masuk ke Malaysia secepat mungkin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here