Honda CBR250RR 2020 bakal diperkenalkan bulan depan

2645

Sejak kemunculannya pada tahun 2017, motosikal Honda CBR250RR 2020 terbaru sangat ditunggu oleh para peminatnya di seluruh dunia.

Honda CBR250RR yang sedia ada dilengkapi dengan ciri-ciri canggih, seperti riding mode dan throttle by wire.



Kedua-dua ciri ini masih dimiliki oleh motosikal sport lain di kelas yang sama iaitu Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha R25.

Dipetik dari dari Kojintekibikematome, dilaporkan bahawa enjin Honda CBR250RR 2020 akan ditingkatkan dengan kuasa mencapai 40hp.

Ini bermakna terdapat lonjakan kira-kira 2hp dari kuasa sebelumnya yaitu 38hp. Jika benar, maka kuasa CBR250RR akan menjadi yang terbesar dalam kelas dua silinder 250 cc.

Jentera ini akan lebih berkuasa dari Kawasaki Ninja 250, sebagai pemilik kuasa terbesar pada masa ini yaitu 38.45hp.

Selain enjin, pelbagai ciri baru juga akan disertakan pada jentera terbaru ini. Quick shifter akan disertakan pada CBR250RR sebagai spesifikasi jentera itu. Quick shifter berfungsi untuk mempercepatkan penukaran gear.

Dikabarkan, sektor elektronik juga akan diubah, seperti riding mode pada CBR250RR. Ditambah keyless system juga akan disertakan. Berdasarkan maklumat dari media Jepun, generasi terbaru CBR250RR akan dilancarkan pada bulan Januari pada tahun 2020.

Sehingga kini, tidak ada maklumat rasmi mengenai lokasi pelancaran jentera ini. Tetapi kemungkinan besar, motosikal sport baru ini akan membuat kemunculannya di Jepun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here