kereta menarik yang terbiar dalam bangunan

3004

Di setiap pelusuk negeri, pasti ada bangunan yang ditinggalkan terbiar dan terbengkalai seperti yang ditunjukkan dalam rakaman oleh Amesia Automotive Corner di saluran Youtube. Sebuah pekan kecil yang terletak di New Hampshire terdapat sebuah bangunan yang menjual kenderaan dan masih dipenuhi dengan beberapa kereta menarik dibiarkan sehingga terbengkalai.

Kenderaan itu pastinya bukan untuk dijual kerana terdapatnya papan tanda larangan masuk di sekitar kawasan berkenaan.



Berkemungkinan, pemilik bangunan tersebut masih lagi dalam proses membuat perancangan untuk tindakan lanjut pada awalnya. Namun tiada apa yang dilakukan  sehingga membiarkan sahaja.

Melalui rakaman itu, Amesia sekadar mengelilingi kawasan bangunan dan cuba untuk melihat kawasan dalamannya. Ia dipenuhi dengan kenderaan yang kian mereput.

Hanya diketahui bahawa pengedarnya berada di England, meninggalkan semua kenderaan tersebut tanpa penjagaan dan dibiarkan mereput dimakan usia. Melalui komen yang ditinggalkan, beberapa individu dikatakan ke sana dan cuba untuk membawa pulang kenderaan yang ditinggalkan itu.

Malangnya, terdapat sebuah bangunan perniagaan yang berada berdekatan bangunan tersebut yang sentiasa memantau keadaan dan sebarang kelakuan orang awam yang mencurigakan.

Ternyata usaha beberapa individu yang cuba membawa pulang kenderaan itu berjaya dipatahkan oleh mereka.

Dinasihatkan, jangan sesekali ada yang cuba untuk merancang menyelamatkan kereta menarik tersebut daripada mengalami kerosakan kerana ia ternyata sia-sia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here