Honda DC5 Integra Type-R sedia untuk kanjo

4519

Siapa yang tidak kenal Honda Integra, jentera coupe sport 2-pintu yang menjadi idaman kaki kanjo dan modifikasi. Dengan casis mantap, gaya sporti, transmisi manual 6-kelajuan dan enjin high-revving yang sedap dilenjan, ia mempunyai sebab kukuh untuk menjadi lagenda.

Honda Integra DC5 di sini ialah original Type-R versi facelift. Ia didaftarkan dengan warna asal Championship White tetapi pemilik telah menukar cat Lamborghini Matte Yellow. Merecik! Ia datang dengan butang penghidup enjin original, nombor plat menarik XXX 8866 dan accident-free.



Senarai modifikasi:

  • Cam Stage 2 Skunk2
  • Rantai pemasa Toda
  • Penapis udara open pod Blitz
  • Intake manifold Skunk2
  • Throttle body Japan
  • Extractor Super Circuit
  • Paip ekzos custom5 inci dengan muffler Takumi
  • Talaan Hondata K100 oleh N1 Racing
  • Bar depan dan belakang J’s Racing
  • Damper enjin J’s Racing
  • Klac plat tunggal Ogura
  • Bar belakang Ultra Racing
  • Rim RAYS Volk Racing TE37 (17”x7.5jj & 8.5jj) original
  • Tayar Toyo T1R (215/45 dan 225/45)
  • Suspensi boleh laras GAB
  • Pad brek Project U
  • GT-Wing J’s Racing
  • Cermin sisi Spoon
  • Bonnet gentian karbon Mugen
  • Sangkar separuh custom (dibalut)
  • Tempat duduk Recaro original (merah)
  • Set meter prestasi Defi
  • Meter kelajuan Pivot
  • ­Auto-timer GReddy
  • Tombol gear Skunk2

Dan jentera yang track-ready ini kini hendak dijual. DC5 dengan nama timangan Baby Chacha ini dijual dengan harga RM98,866 dan pemiliknya turut akan memberi free-gift:

  • Spring boleh laras Ohlins PCV
  • Meter 1-DIN Defi
  • Sport rim original DC5 Type-R (putih)
  • Spoiler original Type-R
  • Spoiler lip belakang gentian karbon
  • Straight-pipe custom 2.5-inci tanpa muffler
  • Tempat duduk bucket Mugen Racing dengan bracket DC5

Lokasi kereta adalah di Kemaman, Terengganu dan kami yakin bakal pembeli memang hanya perlu ‘cuci tangan’ sahaja. Kereta dah cun, nak bagi standard kilang semula pun boleh. Pemilik boleh dihubungi di: http://www.wasap.my/+60123922928/Dc5R

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here