Toyota Camry 2019 terima 5-bintang ASEAN NCAP

202

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan bahawa Toyota Camry serba baharu telah dianugerahkan 5-bintang untuk ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

Berikut adalah skor yang diperoleh mengikut kategori:

  1. Adult Occupant Protection (AOP): 49.04 mata
  2. Child Occupant Protection (COP): 22.68 mata
  3. Penilaian Safety Assist Technologies (SATs): 19.75 mata

Skor keseluruhan Camry ialah 91.47 yang turut mengambil kira faktor sistem brek mengelak yang efektif, penggera tali pinggang, teknologi titik buta dan teknologi-teknologi bantuan keselamatan terkini. Skor ini melayakkan Toyota Camry 2019 mendapat penarafan 5-bintang.

Berikut adalah laporan digital ujian itu:

Untuk maklumat lanjut, layari www.aseancap.org.

Komen anda mungkin membantu