Indonesia akan jadi tuan rumah MotoGP pada tahun 2021

4008

Jangan terkejut.Perjanjian telah diumumkan oleh Dorna membayangkan kedua-dua siri itu pada tahun yang sama, bermula pada tahun 2021. Indonesia akan jadi tuan rumah MotoGP dan perlumbaan tersebut akan diadakan di litar yang akan dibina di dalam sebuah resort pelancongan gergasi di pantai selatan pulau Lombok.

Nampaknya bertambah lagi litar MotoGP dan SBK di Asia Tenggara.

Litar ini dikategorikan jalanraya di dalam resort, tetapi penyesuaian jalan serta susun atur sebagai litar masih dalam perancangan.Menurut sumber, litar ini tidak akan kelihatan atau sama seperti litar tradisional iaitu Macau atau Isle of Man.



Indonesia akan jadi tuan rumah MotoGP. Pengesahan berita itu datang lebih cepat daripada yang kita harapkan,pihak Dorna mengeluarkan kenyataan pada sidang media minggu lepas.

Dorna mengumumkan bahawa kedua-dua siri Kejohanan Dunia tersebut akan berlumba di litar baru iaitu di Mandalika,Lombok.

Pendekatan atau formula yang sama seperti Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand.Di mana SBK dihantar terlebih dulu ke litar sebagai percubaan, sebelum MotoGP pergi ke sana.

Kemudahan litar akan dibina di dalam resort. Resort Mandalika adalah sebuah projek Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia.

Program melancong ke Lombok,satu program jangka panjang Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia.Program ini adalah menggantikan program pelancongan ke Bali yang melampaui batasan dan tidak mampu menampung kebanjiran pelancong yang saban tahun berkunjung.

Tiada sebarang tarikh yang ditetapkan bagi litar tersebut, serta masih dalam perbincangan oleh Dorna.

Jadual MotoGP akan berubah pada tahun 2020 apabila Kymiring, litar baru yang dibina di Finland tersenarai dalam kalendar MotoGP.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here