Lexus LM ini akan buatkan Velphard anda nampak murah

2864

Anda tak perlu jadi pakar kereta untuk mengetahui bahawa Lexus LM ini merupakan Alphard yang memakai lencana Lexus. Ini bukanlah model global seperti Lexus ES dan GS, namun Lexus mensasarkan untuk memasarkan LM ini di pasaran China dan beberapa negara Asia terpilih.

Toyota Alphard dan Vellfire boleh didapati dengan varian standard dan Executive Lounge yang lebih mewah. Executive Lounge mempunyai “kerusi kapten” yang selesa untuk barisan kedua.



Dan untuk lebih “up” lagi, terdapat varian Royal Lounge yang akan menjadikan MPV ini empat tempat duduk sahaja, dengan hanya dua tempat duduk di belakang kokpit.

Tempat duduk ini boleh dibaringkan dan terdapat pemisah antara kokpit dan tempat duduk belakang, seperti limosin. Pelengkap varian ini adalah sistem hiburan, skrin besar, sistem audio JBL dan peti ais mini.

Untuk Lexus LM, ia berasaskan Royal Lounge ini. Lexus menerangkan LM sebagai “pengalaman chauffeur yang tiada tandingan”. MPV pertama Lexus ini juga adalah berkonfigurasi empat tempat duduk.

Tempat duduk “bos” di belakang adalah jenis urethane foam berketumpatan rendah yang memberikan keselesaan seperti sofa. Ia juga mempunyai sistem pengudaraan untuk disejukkan.

Ruangan yang selesa ini dilengkapkan dengan skrin 26-inci, peti ais, ruang simpanan payung dan konsol tengah dengan skrin sesentuh. Konsol ini mengawal posisi tempat duduk, fungsi rehat, penghawa dingin dan sistem audio Mark Levinson.

Pembeli akan dapat memilih Lexus LM dengan dua pilihan. LM 350 dikuasai enjin petrol 3.5-liter V6 dan LM 300h versi hibrid dengan enjin empat-silinder Atkinson 2.5-liter. Terdapat juga pilihan untuk menjadikan kenderaan “business class” ini pacuan roda depan atau AWD.

Keselesaan pemanduan dijaga oleh teknologi penyerap hentak swing valve yang mula diperkenalkan pada Lexus ES. Badan LM “memakai” gril spindle yang menjadi identiti Lexus. Di kiri dan kanan gril adalah lampu LED triple beam berbentuk tajam. Hanya dua warna akan ditawarkan, iaitu hitam dan putih mutiara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here