Lamborghini Veneno Roadster milik keluarga kerajaan UAE akan dilelong

480

Lamborghini Veneno Roadster yang dipesan secara khas akan dilelong oleh RM Sotheby pada acara lelongan yang diadakan di Paris, Perancis, pada 5 Februari. Berapakah harga kereta ini?

Lamborghini Veneno Roadster

Lamborghini menghasilkan hanya sembilan unit Veneno Roadster diikuti empat unit Veneno Coupe yang dilancarkan pada awal tahun 2013. Veneno Roadster ini adalah model kedua yang dihasilkan dan dibeli daripada pemilik pertama dari House of Saud, keluarga diraja Arab Saudi.

Lamborghini Veneno Roadster

Menariknya supercar ini hanya berjalan sejauh 450km. Bahagian luar kereta ini disertakan dengan warna hitam satin yang cantik dengan pilihan gentian karbon matte dan kemasan hijau limau.

Lamborghini Veneno Roadster

Bahagian yang disertakan warna hijau termasuk caliper brek, elemen splitter hadapan, skirt sisi, diffuser belakang, dan bahagian tepi spoiler belakang. Ini boleh menjadikan Veneno Roadster ini menjadi paling bergaya di dunia.

Lamborghini Veneno Roadster

Tema warna hijau diteruskan dengan kulit yang bewarna hijau terang, dimana ia diterapkan pada kerusi, konsol tengah dan bahagian papan pemuka. Kebanyakan permukaan dalam kabin diperbuat daripada gentian karbon.

Lamborghini Veneno Roadster

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter naturally-aspirated dari Aventador dan ditingkatkan menjadi 750hp. Jentera ini mendapat perlindungan dari cat untuk memastikan keadaan badannya yang tidak ternilai kekal dalam keadaan sempurna untuk beberapa tahun akan datang.

Lamborghini Veneno Roadster ini merupakan yang kedua untuk dilelong. Lima bulan sebelum ini, satu unit jentera ini yang berwarna krim milik naib presiden Equatorial Guinea bertukar tangan pada harga USD8.35 juta. Dianggarkan, supercar ini akan dijual antara USD5.01 juta (RM20.32 juta) hingga USD6.12 juta (RM24.82 juta).

Komen anda mungkin membantu