Geely minta Proton kembangkan produk ke pasaran Asia Tenggara

1890

Setelah diambilalih oleh syarikat pengeluar kereta dari China, Geely, jualan Proton sudah mulai menampakkan potensi dan peningkatan.

Geely  Proton

Berdasarkan maklumat dari Persatuan Automotif Malaysia (MAA), tahun lalu Proton berjaya menduduki tempat kedua dalam jualan paling banyak di Malaysia.



Jenama nasional ini berjaya merekodkan jualan 100,183 ribu unit dan bahagian pasaran mencapai 16.6 peratus. Walaupun begitu, Proton diharapkan tidak hanya popular di kalangan para pengguna di Malaysia. 

Geely meminta Proton untuk memperluas pasarannya dengan serius ke negara-negara lain.

Fokus utama penjualan produk Proton mestilah disasarkan di pasaran negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong

Li Chunrong, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, Proton juga disasarkan untuk meluaskan pasaran ke Timur Tengah dan meningkatkan jualan ke Mesir.

Ini kerana Proton mahu meningkatkan eksportnya empat kali ganda pada tahun ini, dari pencapaian yang mereka rekodkan pada tahun 2019 sebanyak 1,000 unit. Proton juga mensasarkan 40 peratus jualan eksportnya pada tahun 2027 yang akan datang.

“Kini kami mempunyai asas yang baik, kami juga komited untuk melancarkan model baru setiap tahun,” kata Li Chungrong.

Li juga berkata bahawa Indonesia dan Thailand adalah negara yang mempunyai pasaran automotif terbesar di rantau Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lagi mengenai strategi Proton untuk kedua-dua negara tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here