Ini senarai barisan 8 jentera dalam filem Fast & Furious 9

8095

Fast & Furious 9 bakal menggegarkan panggung wayang selepas memperkenalkan trailer pertamanya. Sudah tidak asing lagi, filem ini akan memaparkan jentera-jentera yang sangat menarik dalam setiap adegan.

Fast & Furious 9

Fast & Furious sinonim dengan penggunaan jentera-jentera sport. Dari trailer dan poster yang telah dikeluarkan, jentera berikut akan ditampilkan di dalam filem Furious 9.



1. Dodge Charger 500 – Dominic Toretto (Vin Diesel)

Fast & Furious 9

Watak utama dalam filem, Dom terus mengukuhkan wataknya sebagai pengguna kereta Amerika atau dipanggil muscle car. Pada Fast & Furious 9, Dom akan muncul bersama-sama dengan Dodge Charger 500 dan telah dilihat dalam trailer yang dimuat naik kepada orang ramai.

Dom sendiri menggunakan jentera keluaran Jepun dalam beberapa siri seperti Mazda RX-7 dan Honda Civic sebelum ditukar kepada pengguna muscle car.

2. Jeep Rubicon – Roman Pearce (Tyrese Gibson)

Fast & Furious 9

Roman, yang mula ‘memeriahkan’ siri ini sejak 2 Fast & 2 Furious, telah menggunakan pelbagai jenis kereta. Pada Fast & Furious 9, Roman akan mengendalikan Jeep Rubicon yang muncul di posternya, sudah diselaraskan untuk lebih bersedia untuk menghadapi trek offroad.

Roman sebelum ini telah memandu BMW M5, 1969 Ford Mustang Fastback Koenigsegg CCXR, dan Lamborghini Murcielago.

3. Noble M600 – Ramsey (Nathalie Emmanuel)

Fast & Furious 9

Wanita yang sinonim dengan teknologi canggih ini akan memandu kereta sport buatan tangan dari England. Tidak seperti dalam filem-filem sebelumnya apabila dia hanya menjadi co-pilot, Ramsey di sini akan muncul memandu M600 Noble.

Kereta ini memang tidak terlalu terkenal di kalangan peminat automotif, tetapi jangan ragu dengan keupayaannya. Melalui enjin 4.4 liter V8, Noble M600 mampu menghasilkan sehingga 650hp dengan 818Nm tork.

4. Yamaha YZ450f – Letty Ortiz (Michelle Rodroguez)

Fast & Furious 9

Letty dalam filem ini akan menunggang motosikal keluaran dari Jepun, Yamaha YZ450F. Gabungan sifat tangkas Ortiz dalam pertempuran tangan kosong akan lebih dikuatkan apabila digabungkan ketika menunggang motosikal.

5. Honda NSX – Tej Parker (Ludacris)

Sama seperti Ramsey, Tej Parker juga seorang hacker yang popular dengan pelbagai kecanggihan teknologi dan perisian. Keupayaannya akan digabungkan dengan kereta eksotik Honda NSX. Tej sendiri juga pernah menggunakan Honda NSX generasi sebelumnya dalam filem 2 Fast 2 Furious.

6. Chevrolet Chevelle SS 1974 – Mia Toretto (Jordana Brewster)

Watak adik Dom dalam filem Fast & Furious 9 ini juga akan menggunakan muscle car. Selain kereta ini, Mia juga menggunakan kereta buatan Amerika lain dalam sekuel Fast & Furious, yaitu 1966 Ford GT40.

7. Ford Mustang GT350 – Jakob (John Cena)

John Cena, ahli gusti yang kariernya melonjak melalui WWE dipercayai akan membawa watak baru yaitu Jakob dalam filem ini. Jakob akan memandu sebuah Ford GT350.

8. Toyota GR Supra, Han Lue (Sung Kang)

Han sebelum ini telah ditewaskan dalam filem Fast & Furious Tokyo Drift. Tetapi dalam filem terbaru ini, watak Han kembali dihidupkan dan dia kembali merancakan filem terbaru ini dengan memandu versi terbaharu kereta sport legenda, Toyota Supra.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here