BMW Group catat jualan global tertinggi untuk 2019, angka memberangsangkan untuk kenderaan elektrik di Malaysia

4728

Dengan pengenalan 32 model baharu pada 2019, BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan 11,567 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad. Ini termasuklah empat model kenderaan elektrik.

BMW terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai pembekal e-mobiliti terkemuka Malaysia dengan 3,148 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI diserahkan pada tahun 2019.



Secara global, jumlah kenderaan elektrik BMW dan MINI yang diserahkan tahun lepas ialah 145,815 unit.

Tahun 2019 juga menandakan tahun ketiga secara berturut-turut di mana BMW Group Malaysia menyebarluaskan infrastruktur mobiliti elektro di dalam negara.

Hanya dalam tempoh tiga tahun, pengeluar kenderaan premium ini telah menyediakan lebih daripada 30 fasiliti pengecasan BMW i.

Penambahan pemilik baharu BMW dan MINI

Jenama BMW juga telah menyaksikan 9,300 pemilik baharu di Malaysia pada tahun lalu. Berikut adalah senarai model dan angka serahan kepada pelanggan pada 2019:

  • 3-Series: 2,514 unit (kira-kira 1,000 unit adalah 330e M Sport)
  • 5-Series: Lebih daripada 2,000 unit
  • X3: 1,354 unit
  • X1: 1,331 unit
  • X5 xDrive40e: 24 peratus dari jumlah keseluruhan keluarga X

Untuk MINI pula, sejumlah 1,142 unit kenderaan diserahkan, dengan 685 unit daripadanya adalah MINI Countryman.

Sementara itu, BMW Motorrad berjaya menyerahkan 1,125 unit motosikal kepada pemilik-pemilik baharu. Penyumbang utama kepada pertumbuhan jenama ini masih kekal dalam segmen Pengembaraan (Adventure) yang menyaksikan 600 lebih pemilik baharu pada tahun 2019.

Secara global, BMW Group telah memecah rekod buat tahun yang kesembilan secara berturut-turut setakat tahun 2019, dengan jumlah penyerahan mencecah 2,520,307 unit.

Jenama BMW telah merekodkan angka tertinggi pada tahun lalu, dengan penyerahan berjumlah 2,168,516 unit di seluruh dunia.

Dengan tawaran pelbagai jenis pelan pembiayaan yang fleksibel, BMW Group Financial Services Malaysia juga berjaya membentuk sebuah portfolio perniagaan yang utuh, separuh daripada kenderaan BMW dan MINI yang diserahkan pada tahun lepas telah dibiayai dengan perkhidmatan berkenaan.

BMW Group Financial Services juga telah memperkenalkan solusi pembiayaan Easy Drive untuk memudahkan mobiliti serta menjadikannya lebih fleksibel dan mampu milik untuk semua.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here