Kereta Fast & Furious sebenarnya taklah laju mana

338

Filem Fast & Furious yang kini kian menghampiri penghujung ada menampilkan beberapa kereta-kereta pantas yang unik dan mencuri tumpuan.

Walaupun digambarkan sebagai kereta pantas, hakikatnya kereta-kereta yang wujud dalam filem aksi tersebut tidaklah sepantas yang anda sangka.

Perkara itu diulas sendiri oleh penasihat teknikal filem Fast & Furious, Craig Lieberman menerusi video terbaru yang dimuat naik dalam laman YouTube.



 

Menerusi video tersebut, beliau mengesahkan hampir kesemua kereta yang digunakan dalam filem tersebut bergantung kepada magik untuk menampakkannya laju di dalam layar perak.

Seperti contoh, Mitsubishi Eclipse yang dipandu oleh Brian O’Connor dalam filem pertama itu nampak macam mampu memecut sepantas 10 saat untuk pecutan suku batu, namun ia sebenarnya hanya mampu menghasilkan 125 hp daripada enjin 2.0 liter yang diubahsuai secara ringan.

Dalam dunia nyata, kereta itu memerlukan masa sembilan saat untuk mencapai kelajuan 60 batu sejam (96 km/j), dan menyelesaikan pecutan suku batu dalam masa 16 saat.

 

Satu lagi contoh ialah Volkswagen Jetta yang tiada angkup brek hadapan itu.

Menurut Craig, Jetta yang dipandu oleh watak Jessi itu sememangnya sebuah kereta yang perlahan, dengan kuasa 150 hp dan pecutan 0-96 km/j dalam masa 10 saat.

Craig mendedahkan 90 peratus daripada aksi lasak yang dipaparkan dalam filem berlaku pada kelajuan bawah 100 km/j, sementara aksi yang memerlukan kelajuan melebihi 100 km/j akan menggunakan kawalan jauh atau kabel.

Selain daripada itu, ia akan dibantu dengan teknik suntingan, campuran bunyi dan pelbagai helah lain bagi menampakkan ilusi kelajuan untuk tatapan penonton.

Tidak semua kereta Fast & Furious itu dikategorikan sebagai kereta perlahan.

 

Dalam filem yang pertama, Mazda RX-7 yang dipandu oleh watak utama Dominic Toretto mampu menghasilkan kuasa setinggi 305 hp dengan pecutan 0-96 km/j dalam tempoh lima hingga enam saat.

Nissan GT-R R33 yang dipandu oleh Leon juga merupakan antara kereta yang pantas, di mana ia mampu mencapai tempoh 10 saat untuk pecutan suku batu dalam dunia nyata.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here