Polis sengaja rempuh lembu guna MPV Ford Ranger digantung tugas

1484

Seorang anggota polis Britain digantung tugas selepas sengaja memandu kereta peronda dan merempuh seekor lembu sebanyak dua kali, lapor akhbar The Guardian.

Timbalan Ketua Konstabel Polis Surrey, Nev Kemp berkata: “Pada masa ini, anggota polis yang memandu kereta peronda itu digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan.”

Sebelum ini, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan perbuatan anggota polis tersebut merempuh seekor lembu ternakan berusia 10 bulan, Beau Lucy di Jalan Raleigh, Feltham.



Selepas rempuhan pertama, kereta peronda itu melanggar haiwan tersebut untuk kali kedua, menyebabkan ia terperangkap di bawah kenderaan.

Pemilik anak lembu itu, Rob menyifatkan video tersebut sebagai mengerikan.

“Cara mereka (polis) mengendalikan situasi ini adalah salah. Ia sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik. Video ini amat mengerikan,” ujarnya.

Lembu betina itu tidak mengalami patah tulang, sebaliknya beransur pulih dan ditempatkan di dalam kandang bersama lembu-lembu lain.

Sementara itu, jurucakap polis Surrey, Inspektor Sam Adcock berkata, pihaknya cuba menangkap lembu berkeliaran itu dengan selamat selama beberapa jam dan menilai beberapa pilihan sebelum melanggarnya menggunakan kereta.

Tambahnya, tindakan itu juga telah dirujuk kepada jabatan piawaian profesional.

“Saya tahu bahawa perkara ini telah menyebabkan kesusahan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas keprihatinan mereka.

“Keputusan untuk menggunakan kereta polis itu hanya diambil selepas kaedah lain untuk menahan lembu itu gagal,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here