Doctor Yellow bersara wajib tahun 2027 – Japan Railway

267

Khidmat kereta api peluru ujian landasan “Doctor Yellow” akan ditamatkan bermula bulan depan, menurut pengendalinya Japan Railway dalam satu kenyataan Khamis lalu.

JR juga turut merancang untuk mengadakan acara perpisahan bagi memberikan peluang kepada para peminatnya untuk mengucapkan terima kasih kepada shinkansen kuning terang yang selama ini memastikan perkhidmatan kereta api laju negara itu selamat.

Doctor Yellow membawakan warna badan yang agak unik, dengan tidak mempunyai sebarang jadual perjalanan yang tetap.



Disebabkan itu, ia disifatkan sebagai sebuah ‘unicorn‘ antara shinkansen yang berkhidmat dalam Jepun.

JR Central yang mengendalikan tren pemeriksaan di laluan Tokaido Shinkansen menjelaskan tiada sebarang pengganti yang akan dibina, sebaliknya segala kelengkapan pemeriksaan akan dimuatkan pada tren peluru N700S yang akan mula berkhidmat pada tahun 2027.

Sementara JR West yang mengendalikan laluan Sanyo Shinkansen turut mengumumkan perancangan untuk menghentikan khidmat Doctor Yellow pada tahun yang sama.

Doctor Yellow sedia ada (Class 923) diperkenalkan pada tahun 2001 bagi menggantikan peranan kereta api pemeriksaan yang terdahulu, di mana ia bergerak antara stesen Tokyo dan Hakata sekali untuk setiap 10 hari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here