Berprestasi dan kemampuan enjin terpuji – Honda CBR650R dan CB650R

3498

Honda CBR650R dan CB650R 2019 setelah menunggang terbukti berprestasi serta enjin kedua varian tersebut boleh di berikan pujian. 

Namun Honda CBR650R 2019 bukanlah varian “Superbike”.



Jangan dengan hanya sekilas pandang maka pembaca terus mengkategorikannya sebagai jentera direka khas untuk pecutan.

Peminat motosikal di negara kita sememangnya cukup arif dengan Honda CBR600R, suatu ketika dulu ianya merupakan model yang laku laris didalam segmen 600cc di Malaysia.

Begitu juga Honda CB650R,model “Naked”  boleh definasikannya sebuah motosikal santai.

Honda sekali lagi menguji pasaran dengan mengeluarkan Honda CBR650R dan CB650R Jentera yang di pasang di Thailand dengan gaya serba baharu lagi bergaya.

CBR650R yang diubahsuai  serta dinaik taraf lebih agresif, terutama bahagian hadapan hampir sama dengan model CBR1000RR.Begitu juga dengan CB650R yang menyerupai Honda CB1000R

CBR650R dan CB650R berkongsi enjin 649cc empat silinder. Prestasi enjin menunjukkan kesan timbal balik yang kecil terhadap penggunaan bahan api.

Tork puncak tetap sama 47.2 ft.lb seperti sebelum ini, tetapi kini naik dari 8000rpm hingga 8500.Kuasa yang telah meningkat sebanyak 4.1bhp dan 1000rpm, dari 89.8bhp @ 11000rpm kepada 93.9bhp @ 12,000rpm.

Kotak gear enam kelajuan serta dibantu oleh Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancar. Hasilnya dapat dirasakan tarikan klac cukup ringan cukup dengan menggunakan hingga satu jari.

Tester berpeluang menguji CBR650R selama seminggu. Berkesempatan mengelilingi Semenanjung Malaysia. Bermula dari Kuala Lumpur menju ke Utara,Selatan dan berakhir di Kuala Lumpur.

Tester tertarik dengan CBR650R dimana sepanjang ride terserlah kusyennya yang lembut serta kedudukan tunggangannya tidak meletihkan

Dan untuk Varian “Naked” CB650R ujian dilakukan sekitar 300km sahaja dek kerana kekangan waktu.

Dan berbeza dengan CB650R,  terpaksa menahan tolakan angin dari hadapan sewaktu memecut.

Tidak dinafikan kedudukan CBR650R sewaktu menunggang sedikit membongkok. Tapi hakikatnya jentera ini bukanlah seperti “Superbike”.

Penunggang masih boleh relaks dan tidak terlalu agresif sewaktu menunggang.

Penampilan premium, CBR650R dengan speksifikasi yang terkini. 41mm SHOWA jenis terbalik sebagai suspensi depan.Kecanggihan fork ialah kawalan berbeza diantara kanan dan kiri.

Brek hadapan dengan radial empat omboh, Honda Selectable Torque Control (HSTC) berfungsi mengawal cengkaman . Rim bersaiz 17 inci dengan tayar 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang.

Panel meter LCD baru membantu sesiapa jua yang menunggang CBR650R.

Informasi yang diperlukan sewaktu menunggang dapat di lihat dengan jelas walaupun menungang diwaktu malam atau sewaktu memecut.

Kawalan

Menyentuh topik ini pelbagai info yang berbeza di dengari bagi kedua varian ini.Sebenarnya itu adalah berdasarkan pengalaman gaya menunggang masing-masing.

Pendapat Tester dengan keberatan hanya 207Kg, CBR650R sebenarnya sebuah motosikal yang senang utuk dikawal. Menerjah di kesesakan trafik kita terasa sedikit kesukaran.

Tester akui model CB650R sememangnya sebuah motosikal berkuasa tinggi yang cukup senang dikawal dalam apa jua situasi.

CBR650R dengan Fairing Penuh dan Windshield yang memberikan keselesaan kepada penunggang. Walaupn sewaktu pecutan. Itu ciri-ciri yang perlu di titikberatkan bagi mereka yang gemar memecut.

Bagi Honda CB650R rasanya pembaca sendiri boleh berikan jawapan untuk sebuah motosikal “Naked” tanpa Windshield.

Namun isu tersebut boleh diatasi dengan memasang windshield serta bukan satu isu besar. Kedua model 2019 ini agak kurang menarik dari pandangan belakang.

Jelas agak keliru apabila melihatkan ekor belakang yang kontot.Tertanya di minda apa tujuan sebenar ekor belakang di reka sedemikian rupa.

Rumusan setelah menguji kedua varian ini, anda membuat pilihan yang bijak jika memililinya kerana sifat kedua varin tersebut hampir sama. Kemudahan mendapat alat ganti cukup mudah serta tidak jauh berbeza.

Kepada mereka yang berhajat untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja yang jauh, CB650R merupakan pilihan yang bijak.

Honda CB650R didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Candy Chromosphere Red. Pakeje yang di beri dan harga mampu memiliki iaitu RM43,499 seunit.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here