Mohd Harrif Saleh dedikasikan kemenangan LTdL 2020 Peringkat 5 kepada rakyat Malaysia

2023

Pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh yang mencipta sensasi apabila muncul juara Peringkat 5 acara Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 itu dari pekan Kuala Kubu Bharu ke Bandar Meru Raya.

Pelumba berusia 31 tahun itu mempamerkan pecutan bertenaga di garisan penamat untuk menewaskan dua lagi pelumba pecut, iaitu pelumba pasukan NTT Pro Cycling Team, Maximilian Richard Walscheid dari Jerman, dan pelumba Itali, Matteo Pelucchi dari pasukan Androni Giocattoli-Sidermec.



Walscheid dan Pelucci, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pada perlumbaan sejauh 165.8km berkenaan.

Seorang lagi pelumba negara, Anuar Manan yang mewakili pasukan kebangsaan Malaysia, menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada 117 pelumba yang mengambil bahagian pada Peringkat 5 ini.

Kemenangan ini menyaksikan Mohd Harrif Saleh mengulangi kejayaan menjuarai perlumbaan peringkat kedua LTdL 2019 dari Dataran Senawang ke Melaka.

Ketua juri menganugerahkan masa yang sama iaitu 3 jam 39 minit dan 42 saat selepas 10 pelumba teratas, menamatkan perlumbaan secara berkelompok.

Le Tour de Langkawi

Beliau pada masa sama, turut mendedikasikan kejayaan tersebut kepada pengurusan TSG serta seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu kepadanya sepanjang menyertai LTdL.

Ditanya mengenai Petronas Le Tour de Langkawi Peringkat 6 esok, Mohd Harrif optimis mampu meraih kedudukan podium memandangkan laluan perlumbaan turut melibatkan beberapa laluan berbukit. Berkongsi sentimennya, ketua jurulatih TSG Jeremy Hunt yang agak terkejut namun gembira dengan kemenangan tidak diduga Mohd Harrif.

Watch how it went down with Harrif’s GoPro cam – Stage 5 Le Tour de Langkawi#terengganuinctsgcyclingteam #tsgmalaysia #terengganuinc #terengganuincgroup #terengganustategov #imwithshimano #Argon18 #isports #examarketing #primulabeachhotel #RKTakasagoChain #Tarson #sis #pro #BrytonSport #lazer #khr #klinikrafa #arcaimejoptometris #tof #bigscreen #ktcc #RotiPaungCheWan #velotoze #leveluptsg

Posted by TSG Terengganu Cycling Team on Tuesday, February 11, 2020

Sementara itu, Walscheid yang gembira dengan prestasinya mengakui bahawa Mohd Harrif berhak untuk meraih kemenangan hari ini selepas memecut ke garisan penamat.

Peringkat 6 melibatkan jarak sejauh 150.9km dari Taiping ke Pulau Pinang dengan tiga zon pecutan di Bagan Serai, Parit Buntar dan Balik Pulau, selain dua zon pendakian di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here