NS 200 ABS – Sistem Brek Penuhi Ciri Keselamatan

2399

Motosikal mampu milik. Ini lah motosikal bagi mereka yang mula berjinak dengan jentera dua roda berkuasa tinggi iaitu NS200 ABS.

 



Pulsar 200 berjaya mencatat sejarah MODENAS semenjak diperkenalkan pada 2017. Siapa sangaka jentera dari India ini berjaya menawan hati peminat dua roda di negara kita.

Jualan berjaya mencecah melebihi 5,000 unit. Satu angka yang membuktikan percaturan MODENAS tepat dan berwawasan.

Streetbike yang didefinasikan paling murah di pasaran berbanding dengan yang sama kelas dengannya. Kini varian Sistem Brek Anti-Kunci(ABS) diperkenalkan oleh MODENAS.

Model NS200 ABS yang dilancarkan penghujung tahun 2019 dengan 4 warna pilihan.Graphite Black (hitam), Mirage White (putih), Wild Red (merah) dan Yellow (kuning).

Jelas sekali pandang tidak nampak sebarang perbezaan dengan NS200 keluaran sebelum ini. Jangan mudah terpedaya,setiap keluaran terkini mesti ada pembaharuan.

Dengan adanya Sistem Brek Anti-Kunci(ABS) menunjukkan betapa prihatinnya MODENAS tentang aspek keselamatan. Ini berdasarkan tunggang uji yang kami lakukan.

NS200 ABS walaupun Anda bukan seorang penunggang tegar, namun pengalaman menunggang motosikal ini akan menghantui jiwa untuk memilikinya.

Alasannya berdasarkan ciri-ciri yang terhidang pada varian “Streetbike” ini.

1.Kawalan

Topik ini paling menyeronokkan. NS200 ABS sebuah motosikal paling ringkas serta senang untuk dikawal.

Meredahi kesesakan trafik di kotaraya, mencelah deretan kenderaan. Semua itu bukan satu isu yang besar bagi NS200 ABS.

Memecut di lebuhraya, tidak dinafikan tiupan angin terutama dari hadapan membuat kita rimas atau hilang kawalan. Ini juga dapat di rasai sewaktu kami menguji model ini.

 

Namun NS200 ABS bukanlah motosikal kapcai. Berat 158kg ditambah dengan rekabentuk yang slim halangan angin mampu ditangkis secara sistematik.

2.Enjin

NS200 ABS dengan enjin 200cc DTS-i berkuasa 24hp dan tork 18.6Nm. Sebenarnya model ini bukanlah sebuah jentera untuk pecutan. 

Jika di kaji dari segi keupayaan enjin, kami definasikan ianya sebuah motosikal santai dan sesuai buat semua lapisan umur. 

Jangan terkejut jika terserempak dengan golongan veteran menunggang NS200 ABS.

Bahan bakar cukup menjimatkan. Kapasiti minyak adalah 15 liter.  

Pulsar NS200 ABS kini terdapat di semua pengedar Modenas seluruh negara dengan harga RM9,655(tidak termasuk cukai jalan/insuran/yuran pendaftaran).

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here