“Rosak apa saja kami baiki tanpa bayaran” – Azam Motor

7351

Bismillahirrahmanirrahim, sumbangan percuma penyelenggaraan enjin, tayar, cat, pengusung keranda bagi van jenazah untuk kawasan Selangor.

 van jenazah

Azam Motor ingin memberi sumbangan perkhidmatan penyelenggaraan untuk van jenazah masjid-masjid di sekitar Selangor.



 van jenazah

Mereka telahpun memberi perkhidmatan percuma kepada masjid-masjid di daerah Banting dan projek ini telah berjalan lebih dari 10 tahun.

 van jenazah

Azam Motor amat berbesar hati jika pengerusi ahli-ahli AJK masjid di dalam daerah lain (Selangor) boleh berhubung dengan mereka untuk pembaikan secara percuma.

Pengusung keranda
Pengusung keranda

Mereka ingin membantu untuk :

● Penyelenggaraan enjin ⚙️
Tayar 🚐
Bodywork & Cat 🔨
● Tulisan Khat ✍🏻
● Pengusung Keranda ⚰️

Azam Motor boleh dihubungi di:

Alamat: Lot 512 Jalan Sultan Alam Shah, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.
Facebook: https://www.facebook.com/azammotorbantinghq/
Whatsapp: www.wasap.my/60162065161
Pertanyaan: www.wasap.my/60162625927 & www.wasap.my/60173956721

Motoqar doakan semoga dipermudahkan urusan dan diharap pembaca dapat panjangkan berita ini untuk kebaikan semua khususnya buat negeri Selangor. Semoga menjadi inspirasi buat negeri-negeri lain di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here