Hannah Yeoh salur RM29,000 beli van jenazah

832

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata peruntukan itu adalah penambahan kepada dana yang dikumpulkan pihak masjid itu.



“Saya dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah dan difahamkan mereka mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi.

“Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.

“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal,” katanya. 

Dalam pada itu, Yeoh berharap wakil rakyat lain di bawah Kerajaan Perpaduan turut menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum dan agama.

“Apabila permohonan (dana) masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya, kalau ada apa sahaja keperluan kita akan salurkan mengikut kemampuan.

“Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang telah membantu membolehkan pembelian van ini,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here