Ustaz Abdul Somad kenang zaman muda tunggang Yamaha RX-K 135

4653

Ustaz Abdul Somad (UAS) sekali lagi menunjukkan minatnya terhadap dunia motosikal. Kali ini  gambar yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya @ustadzabdulsomad_official mengingatkan masa mudanya.

Dalam gambar tersebut, terpapar UAS di zaman mudanya duduk di atas sebuah motosikal yang pernah popular di Malaysia pada suatu ketika dahulu yaitu Yamaha RX-K 135.



Posting ini juga menarik perhatian sesetengah netizen yang turut memberikan reaksi pada gambar tersebut.

Ustaz Abdul Somad memang dikenali sebagai pendakwah yang mahir dalam memandu motosikal. Malah RX-K 135 juga menjadi jenteranya, ketika UAS memenuhi jemputan ceramah dari komuniti Yamaha RX-K 135 di Riau.

Ustaz Abdul Somad

“Ada sekumpulan remaja bertanya untuk menjemput saya menghadiri satu ceramah. Tetapi dengan syarat, untuk ke ceramah itu, saya harus membonceng motosikal yaitu Yamaha RX-K 135. Mereka fikir saya tidak mahir mengendalikan motosikal ini, lalu saya tunggang RX-K 135 itu dan memotong meninggalkan mereka semua”, kata UAS.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here