Polis Kuala Lumpur tahan 158 pemandu mabuk pada Januari lepas

194
Seramai 158 pemandu telah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh alkohol di ibu negara sepanjang bulan Januari, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) ACP Zulkefly Yahya. pemandu mabuk Beliau berkata daripada 158 individu yang ditahan, 118 kes telah dituduh dan 40 kes masih dalam siasatan pihak polis. “Trend pemandu mabuk di ibu negara selalunya berlaku selepas tengah malam dan rekod kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di ibu negara, tahun lepas cuma satu kes, dan tiga kes pada 2018. 
 
“Unit penguatkuasaan JSPT KL telah ditugaskan untuk menangani masalah pemandu mabuk ini, dan kami bertugas 24 jam sehari, serta menjalankan operasi mabuk bagi menangani masalah ini…tiada hari tanpa operasi,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), ACP Zulkefly Yahya

Zulkefly berkata, pada tahun 2019, seramai 828 individu telah ditahan atas kesalahan sama, manakala seramai 735 individu telah ditahan pada tahun 2018.
 
Jelasnya, berdasarkan Seksyen 45G (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, had kandungan alkohol yang ditetapkan untuk pemandu adalah 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas, 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah, atau 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.
 
 

Komen anda mungkin membantu