SIFU INTERNATIONAL ENDURO CHAMPIONSHIP 2020 – Hadiah Cukup Lumayan

158

Wang tunai RM 68,000 menjadi rebutan di Kejohanan SIFU INTERNATIONAL ENDURO CHAMPIONSHIP 2020 pada penghujung bulan ini.

Persatuan 2 Roda Malaysia (P2RM) yang julung kalinya menganjurkan kejohanan yang menawarkan hadiah terbesar di Malaysia dalam sukan permotoran.

Enam kategori di pertandingkan di kejohanan tersebut. Sebanyak 3 pusingan di sepanjang tahun 2020 terpaksa di habiskan oleh peserta bagi merebut juara keseluruhan.

Kategori yang dipertandingkan ialah;-

Gold Platinum (Expert)

Gold (Intermidiate)

Bronze (CKD)

Superstar (Selebriti)

Iron (Wanita)

 

Silver (VViP45)

RM 200,000 nilaian hadiah di pertaruhkan bagi ketiga-tiga pusingan tersebut. Ianya tidak termasuk hadiah bagi juara keseluruhan yang akan diumumkan diakhir kejohanan.

Perlumbaan yang akan bermula pada 28 februari nanti akan diadakan di Ukay Perdana, Selangor.

Litar sepanjang 5.5 kilometer membabitkan laluan berbukit dan sedikit mendatar serta agak mencabar.

Kejohanan ini merupakan cetusan idea dari Pengarah dan pelakon utama filem Remp-it 2, Datuk Farid Kamil.

Menurut Datuk Farid Kamil, beliau ingin mengangkat Sukan Lasak Enduro  di negara kita ini ke tahap antarabangsa. 

Komen anda mungkin membantu