Terbabit dalam kemalangan, Black Hanifah dalam keadaan stabil

2119

Penyanyi popular Black Hanifah yang terbabit dalam kemalangan ketika menyertai program perlumbaan motosikal lasak di Ulu Yam, kini dalam berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian itu, Black Hanifah mengadu sukar untuk bernafas selepas dia terjatuh dalam pusingan pertama perlumbaan.



Isterinya, Naquia Yasirah berkata, Black yang dibawa ke hospital oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini diminta doktor untuk berehat sehingga keadaannya benar-benar stabil.

“Ketika dia terjatuh, dia tak boleh bernafas dan pihak APM membawanya ke hospital dengan segera,” katanya.

Black Hanifah

Menurutnya, Black kemudian menjalani pemeriksaan termasuklah x-ray di hospital semalam.

“Kesan dari kemalangan itu membabitkan bahagian dada hingga membuatkan dia sukar bernafas. Selepas menjalani x-ray didapati tidak ada bahagian tulang yang patah,” katanya.

Black yang menyertai perlumbaan motosikal lasak CKD MX Series di acara Ulu Yam mengejutkan pengikut-pengikutnya di Instagram selepas berkongsi foto dia dalam keadaan terbaring dan dikelilingi anggota paramedik APM.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here