Motosikal elektrik scrambler keluaran Switch, mula dihasilkan pada tahun 2022

1551

Gaya aliran scrambler kini boleh didapati pada motosikal elektrik. Seperti yang diterapkan oleh satu syarikat pengeluar iaitu Switch, dalam produk terbarunya, eScrambler.

Konsep motosikal elektrik ini direka oleh pengasas Switch, Matthew Waddick, bersama bekas pereka syarikat pengeluar Yamaha, Michel Riis.

 Switch



Reka bentuk motosikal ini bermula dengan lakaran berbentuk kotak sebagai tempat simpanan bateri, kemudian terus kepada rangka badannya. “Cabaran reka bentuk ini adalah untuk membuat produk kompleks yang mempunyai reka bentuk yang sederhana,” kata Michel.

 Switch

Asas daripada rangka yang berbentuk double cradle menjadi elemen penting untuk menjadikan motosikal elektrik ini tampil dengan gaya retro. Begitu juga penggunaan swing arm, monoshock di bahagian belakang, dan tayar dengan reka bentuk off-road, dilengkapi dengan rim 18 inci.

Bateri yang dipasang pada motosikal elektrik ini mempunyai kapasiti 11kWh, untuk memacu jentera yang berkuasa 50kW atau sekitar 67hp ini. Jentera ini dikatakan mampu bergerak sejauh 150km dengan satu bateri penuh.

Switch mendedahkan bahawa motosikal ini masih dalam tahap percubaan awal. Walaubagaimanapun, pengeluarannya dijangka bermula pada tahun 2022.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here