Kecomelan melampau – Fiat 500 dari siri Lego Creator Expert

2479

Selain dari MINI Cooper dan Volkswagen Beetle, harus diketahui bahawa Fiat 500 juga antara kereta Eropah paling ikonik yang mencipta sejarah dalam industri automotif.

Kereta-kereta ini berkongsi dua ciri utama – saiz lebih kecil dari kereta biasa dan gaya yang kekal sepanjang zaman. Oh ya, kereta-kereta ini juga hadir dalam set Lego. Set terbaharu diperkenalkan dari siri Lego Creator Expert ialah Fiat 500 ini.



Ditawarkan dengan harga USD89.99, (RM378.18), set Lego ini pastinya mengimbau kenangan atau nostalgia di suasana Itali.

Kit Lego Creator Expert Fiat 500 ini berasaskan model Fiat 500F original dari tahun 1960-an dan datang dengan warna kuning pucat. Kit ini berukuran 11cm tinggi, 24cm panjang dan 11cm lebar – satu saiz yang baik menjadikannya model ideal untuk koleksi atau hiasan dalam kabinet.

Ia terdiri dari 960 biji Lego, dan set Lego Fiat 500 ini pastinya menjadi aktiviti me time yang menarik untuk peminat remaja dan dewasa.

Seperti kit Lego Creator lain, kit Fiat 500 ini juga cukup terperinci. Terdapat rak bagasi dengan beg baju suitcase dan ruang dalaman yang agak terperinci. Bumbung, pintu, hud, pintu but belakang semuanya boleh dibuka.

Untuk melengkapkan mood Itali, Lego turut memberikan lukisan kecil dengan gambar kereta itu berlatar-belakangkan Colosseum di Rom, lengkap dengan kaki lukisan dan berus warna. Cool gila!

Berminat? Kit ini sudah boleh didapati di kedai Lego terpilih dan di laman web Lego.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here